24.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Dituduh pakai ijazah palsu, calon PN dedah transkrip universiti

Mesti Baca

GARA-GARA dituduh menggunakan ijazah palsu, calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut mendedahkan transkrip Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan yang dimilikinya.

Khairul Azhari yang mewakili Perikatan Nasional (PN) dalam PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) itu turut mendedahkan sijil pengajian yang diperolehi daripada Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menerusi Facebooknya malam tadi.

“Saya menyedari ramai yang bercakap dan membicarakan berkenaan isu pendidikan saya yang saya lalui dalam pembelajaran saya di Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah (UMPSA).

“Saya memberi respon kepada pihak media untuk tidak mahu ulas lanjut atas fokus saya untuk melalui tempoh kempen dengan penuh hikmah dan adil, dan menyantuni seberapa ramai pengundi yang bakal memilih pada 11 Mei 2024 kelak.

“Saya mengerti serangan saraf yang ditujukan kepada peribadi saya adalah satu jangkaan yang perlu saya bersedia, dan saya bertekad untuk melaluinya dengan membawa kredibiliti dan keupayaan pasukan Perikatan Nasional yang lebih besar agendanya,” katanya menerusi Facebooknya itu.

Advertisements
Transkrip pengajian calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu yang didesahkan menerusi Facebooknya.

Sebelum itu, Khairul Azhari didakwa menggunakan ijazah palsu kerana enggan menjawab soalan daripada media berhubung dakwaan perkara itu selepas penamaan calon semalam.

Kelulusan akademik beliau mula dipertikai apabila poster kempen beliau mencatatkan bahawa anak jadi Felda Soeharto, Hulu Selangor itu berkelulusan Diploma Eksekutif daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Sarjana Eksekutif UMPSA.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Pegawai Eksekutif UMPSA Advance, Dr Ahmad Johari Mohamad yang mengesahkan lanjutan pengajian beliau yang sepatutnya tidak perlu dijelaskan.

“Saya juga sertakan transkrip dan sijil pengajian saya bagi mengukuhkan apa yang telah dinyatakan pihak UMPSA bagi menenangkan ‘kawan dan lawan’ yang begitu prihatin terhadap isu yang berlegar.

“Maka, izinkan saya dan pasukan kami untuk meneruskan perjuangan Perikatan Nasional dalam memenangi kerusi Pilihanraya Kecik Kuala Kubu Baharu dengan lebih jitu kerana ini yang sangat diperlukan sekarang oleh rakyat,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kemenangan Sock Tao bukti rakyat tolak politik kebencian

KEMENANGAN calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao dari Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu...

Lagi Artikel Berkaitan