26.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 21, 2024

Waspada ‘scammer’ guna talian Sumbangan Tunai Rahmah

Mesti Baca

ORANG ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan cubaan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menggunakan talian rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR)/Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk tujuan penipuan.

Kementerian Kewangan (MOF) berkata, pihak-pihak berkenaan menghubungi orang ramai secara rawak dan meminta mereka membuat bayaran dalam jumlah yang besar.

“Orang ramai diingatkan untuk terus membuat laporan polis sekiranya menerima panggilan sedemikian.

Advertisements

“MOF tidak membenarkan mana-mana pihak ketiga untuk menggunakan nombor talian telefon rasmi kementerian berkenaan.

“Pegawai MOF juga tidak dibenarkan untuk mengutip bayaran dari orang ramai bagi sebarang tujuan,” katan kenyataan MOF hari ini.

Orang ramai masih lagi boleh menghubungi talian bantuan STF/SARA MOF iaitu 03-88824565/4566 untuk sebarang pertanyaan berkenaan kedua-dua bantuan tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Anwar terkesan, sedih dengan kematian Presiden Raisi

DATUK Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa terkesan dan sedih menerima laporan kemalangan helikopter yang membabitkan Presiden Iran, Ebrahim Raisi...

Lagi Artikel Berkaitan