30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, January 24, 2025

Kemenangan Sock Tao bukti rakyat tolak politik kebencian

Mesti Baca

KEMENANGAN calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao dari Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu hari ini membuktikan rakyat mahukan kemajuan dan kestabilan, bukannya kebencian dan politik fitnah.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, ini dapat dilihat apabila peratys undi Melayu terhadap Kerajaan Perpaduan meningkat walaupun dihujani pelbagai fitnah dan muslihat jahat parti lawan.

“Dapatan undi atau ‘vote share’ Perpaduan meningkat meskipun peratus mengundi menurun berbanding Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

“Jumlah undi awal dimenangi Perpaduan dengan majoriti besar, berbeza dengan semasa PRN,” katanya menerusi platform X sebentar tadi.

Pakatan Harapan (PH) menerusi calon mereka, Pang Sock Tao diumum sebagai pemenang PRK DUN Kuala Kubu Baharu hari ini.

Advertisements

Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan gabungan itu berjaya mempertahankan kerusi berkenaan yang dimenangi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Ogos tahun lalu.

Sock Tao menang dengan majoriti 3,869 undi dan memperolehi 14,000 undi menewaskan tiga lagi pencabarnya.

Sementara itu, pencabar utama Sock Tao daripada Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut mendapat 10,131 undi.

Dua lagi calon iaitu Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas) masing-masing memperoleh 152 dan 188 undi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Diskaun 50 peratus bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina

KERAJAAN hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus daripada kadar  biasa sempena perayaan Tahun Baru Cina 2025,...

Lagi Artikel Berkaitan