Wednesday, July 22, 2026

Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat negeri Selangor dibatalkan

Mesti Baca

PROGRAM Rumah Terbuka Aidilfitri Madani peringkat negeri Selangor yang dijadualkan esok dibatalkan sebagai menghormati insiden kebocoran paip gas di Putra Heights yang menyebabkan lebih 1,000 orang terjejas.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keputusan membatalkan acara tersebut telah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Abdul Aziz Shah serta persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Segala persiapan seperti makanan akan disalurkan kepada PPS, rumah anak anak yatim, sekolah berasrama serta petugas keselamatan. 

“Keputusan ini diambil kira bagi menghormati mangsa dan keluarga yang terlibat dengan insiden di Putra Heights,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amirudin berkata, beliau mewakili seluruh warga Kerajaan Negeri memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul susulan pembatalan tersebut.

“Sekalung penghargaan buat seluruh pasukan petugas dan pelaksana Majlis yang bertungkus lumus memastikan majlis ini boleh berjalan sebagaimana matlamat, namun saya sangat menghargai persefahaman bersama demi maslahah yang lebih utama.

“Semoga Allah SWT memberkati segala usaha kita juga dalam bersolidariti membantu mangsa dan semua pihak jua,” katanya.

Rumah Terbuka Aidilfitri Madani peringkat Negeri Selangor dijadualkan berlangsung esok di Padang Kawad Akademi Percukaian LHDN, Seksyen 15 Bandar Baru Bangi mulai 10 pagi hingga 4 petang esok. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan