27 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 17, 2024

Selangor tawar RM1 sekilogram tangkapan ikan bandaraya

Mesti Baca

KERAJAAN Selangor menawarkan insentif RM1 bagi setiap kilogram tangkapan ikan bandaraya di negeri itu bermula 1 September ini, kata Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri, Ir Izham Hashim.

Menurut beliau, tindakan proaktif itu diambil bagi mengurangkan populasi ikan asing tersebut bagi memulihara sungai dan spesis ikan tempatan.

Pada masa yang sama, beliau berkata, kerajaan negeri menjalinkan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak untuk mencapai matlamat bersama memulihkan ekosistem sungai di Selangor.

“Saya percaya dengan kesedaran dan tindakan yang berterusan, kita mampu memastikan pengurangan populasi ikan bandaraya ini dan seterusnya kelestarian biodiversiti di sungai dapat dinikmati generasi akan datang,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian sempena penutup pertandingan menjala ikan bandaraya di bawah Projek Pleco Pupus 2024 di Sungai Damansara, Shah Alam baru-baru ini.

Ikan bandaraya yang berjaya ditangkap.

Projek tersebut dijalankan bersama Pusat Pembangunan Lestari Universiti Malaya (UMSDC), Universiti Selangor, Universiti Selangor (Unisel), Universiti Tun Hussein Onn dan Komuniti Pemburu Ikan Bandaraya (KPIB).

Advertisements

Sementara itu, Ketua Projek Bersama, Affan Nasaruddin berkata, jumlah tangkapan sebanyak 1 tan ikan bandaraya dalam tempoh dua jam oleh 32 peserta pertandingan bukanlah suatu yang perlu dibanggakan.

Sebaliknya, kata beliau, ia merupakan peringatan bahawa situasi ikan asing tersebut sudah berada pada tahap kritikal dan amat merisaukan.

“Melalui pendekatan berkonsepkan pertandingan, diharapkan ia memberi insentif kepada komuniti untuk bersama-sama membantu mengurangkan populasi ikan asing ini,” katanya.

Penyelidik Unisel, Dr. Intan Faraha A. Ghani berkata, hampir semua sungai utama di Lembah Klang, termasuk Sungai Klang dan Sungai Langat terjejas dengan kebanjiran ikan bandaraya tersebut.

Katanya, ikan asing tersebut mudah membiak dengan cepat dan amat sukar dimusnahkan malahan menjadi punca kepupusan ikan-ikan tempatan.

Beliau berkata, ini memberi impak negatif kepada perikanan darat, antaranya menjejaskan pendapatan nelayan sungai dengan penurunan stok ikan tempatan akibat gangguan habitat dan pemangsaan dalam rantaian ekosistem makanan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agong titah siasatan segera, menyeluruh isu rumah amal GISBH

YANG di-Pertuan Agong,  Sultan Ibrahim menitahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berkaitan isu jenayah serta...

Lagi Artikel Berkaitan