25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024

250 peserta ‘buru’ ikan bandaraya, kekang populasi spesies asing

Mesti Baca

SERAMAI 250 peserta mengambil bahagian dalam Program Memburu Ikan Asing anjuran Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dengan kerjasama RHB Bank Berhad di sekitar Kuala Lumpur hari ini.

Program itu bertujuan mengekang populasi spesies ikan asing invatif seperti ikan bandaraya yang menjejaskan spesies ikan asli di perairan negara.

Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur DOF, Datuk Azahari Othman berkata, program merupakan langkah penting dalam usaha jabatan untuk memulihara sumber perikanan.

Beliau berkata, kerjasama dengan RHB Bank Berhad menunjukkan bahawa usaha pemeliharaan sumber perikanan tidak boleh dilakukan oleh pihak kerajaan sahaja.

Sebaliknya, kata beliau, ia memerlukan sokongan daripada sektor korporat dan semua lapisan masyarakat.

“DOF berharap agar program ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang tanggungjawab memelihara sumber perikanan.
“Kerjasama semua pihak diperlukan untuk bersama-sama dalam usaha menjaga kelestarian alam.

“Jabatan juga berharap selepas ini lebih banyak sektor swasta untuk turut serta dalam usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan yang dilaksakankan oleh DOF,”katanya hari ini.

Beliau berkata demikian sempena Program Memburu Ikan Asing di Kuala Lumpur hari ini.

Advertisements

Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RHB Banking Group, Datuk Mohd Rashid Mohamad.

Pada majlis itu, RHB Bank turut menyerahkan sumbangan 20,000 benih ikan puyu dan 10,000 benih ikan lampam kepada Pejabat Perikanan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya.

Benih-benih ikan itu akan dilepaskan di Tasik Varsiti, Universiti Malaya dan di Sungai Gombak.

Azahari berkata, dengan pelepasan benih ikan tersebut, ia bukan sahaja dapat memperkayakan biodiversiti di kawasan berkenaan, tetapi juga memberi peluang kepada masyarakat untuk mengambil bahagian dalam usaha pemeliharaan sumber perikanan.

Sementara itu, Mohd Rashid berkata, RHB Bank memberi tumpuan kepada ancaman spesies ikan invasif di sungai tempatan.

Katanya, aktiviti seperti itu bukan sahaja memelihara biodiversiti, malah membantu memulihkan ekosistem dan melindungi spesies ikan tempatan yang terancam.

Selain itu, kata beliau, ia juga dapat membantu membina hubungan antara kakitangan, pelanggan, dan komuniti, serta menyokong matlamat kelestarian jangka panjang dan tanggungjawab sosial korporatnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Bike Week’ Team Selangor bina semangat patriotisme

TEAM Selangor telah menganjurkan program ‘Bike Week’ dalam usaha membina semangat patriotisme sempena bulan Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari...

Lagi Artikel Berkaitan