Thursday, July 23, 2026

Dewan selera, kafeteria MRSM Terendak diarah tutup 14 hari

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

DEWAN Selera dan kafeteria Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Terendak, Sungai Udang diarahkan tutup selama 14 hari oleh Jabatan Kesihatan Melaka berkuat kuasa semalam berikutan penemuan najis tikus di lantai dewan makan tersebut.

Wxco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, tindakan itu dilakukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Makanan 1983 untuk langkah pembersihan serta pembetulan di samping kedua-dua premis tersebut masing-masing dikenakan kompaun RM1,000.

“Selain faktor kebersihan memandangkan ada bukti kehadiran tikus, Dewan Selera dan kafeteria itu juga ditutup kerana peti sejuk yang digunakan tidak mengikut piawaian yang ditetapkan.

“Pihak koperasi juga diberikan arahan agar menghentikan dahulu jualan makanan siap bungkus daripada pembekal luar hingga siasatan selesai dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD),” katanya seperti dilapor Bernama hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan beberapa katering daripada senarainya untuk membekalkan makanan kepada 663 pelajar di MRSM tersebut sepanjang tempoh penutupan itu.

Semalam, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki membuat lawatan mengejut ke MRSM Terendak selepas menerima laporan 48 pelajar di sekolah tersebut mengalami simptom sakit perut dipercayai keracunan makanan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati dapur MRSM berkenaan berada dalam keadaan kotor dan tidak terurus selain terdapat najis tikus dan pejabat kesihatan daerah telah mengeluarkan kompaun atas kesalahan yang dikesan.

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan