25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 8, 2024

Dua beregu negara tempah slot di ‘final’ Terbuka Korea

Mesti Baca

BAGAI dirasuk semangat Hari Kebangsaan, dua beregu negara menempah slot ke pentas akhir badminton Terbuka Korea selepas menundukkan lawan masing-masing di Stadium Tertutup Mokpo, Seoul hari ini.

Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terlebih dahulu menempatkan diri selepas menundukkan beregu China, Cheng Xing-Zhang Chi 22-20, 21-19 pada pertembungan separuh akhir kejohanan berstatus Super 500 itu.

Di pentas final esok, Tang Jie-Ee Wei akan menentang pasangan bukan pilihan dari China Guo Xin Wa-Li Qian, selepas mengejutkan pilihan ketiga dari Korea Selatan Kim Won Ho-Jeong Na Eun 21-14, 22-24, 21-10 pada satu lagi aksi separuh akhir.

Ia juga bakal menjadi pertemuan sulung Tang Jie-Ee Wei dan pasangan China itu.

Advertisements

Ini merupakan final ketiga Tang Jie-Ee Wei pada tahun ini selepas muncul naib juara Masters Thailand pada Januari lepas dan Terbuka Switzerland pada Mac.

Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah pula mengenepikan pemain ranking kedua dunia yang juga beregu tuan rumah, Baek Ha Na-Lee So Hee dengan 21-18, 21-13.

Menanti mereka di perlawanan akhir esok ialah satu lagi wakil tuan rumah, Jeong Na-eun-Kim Hye-jeong yang mara selepas menewaskan rakan senegara, Lee Yu-lim-Shin Seung-chan 21-14, 21-11.

Kemaraan kedua-dua beregu negara itu menambah keceriaan Malaysia yang meraikan sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 hari ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Mahkota: BN sekali lagi pertaruh calon Pemuda 

BARISAN Nasional (BN) sekali lagi menpertaruhkan wakil Pemuda UMNO sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan