BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meraih gelaran sulung tahun ini selepas menjuarai Terbuka Korea di Stadium Tertutuo Mokpo, Seoul sebentar tadi.
Pilihan keempat kejohanan berstatus Super 500 itu mengenepikan cabaran pasangan China, Guo Xin Wa-Li Qian dengan keputusan 17-21, 21-13, 21-13.
Ini merupakan kejuaraan pertama pasangan no. 9 dunia itu selepas muncul naib juara Masters Thailand pada Januari dan Terbuka Switzerland pada Mac lalu.
Pada set pertama, pasangan Tang Jie-Ee Wei bermula goyah apabila melakukakn banyak kesilapan mudah yang membolehkan lawan menjarakkan mara begitu jauh.
Pun begitu, mereka cuba bangkir pada hujung permainan tetapi ia agak terlambat untuk menghalang beregu bukan pilihan itu menang set tersebut.
Memasuki set kedua, Tang Jie-Ee Wei memperkemaskan permainan sehingga lawan “terketar-ketir” untuk menghalang permainan pantas pasangan negara sebelum tunduk 13-21.
Momentum kemenangan itu diteruskan oleh beregu negara apabila berjaya mengawal permainan dengan baik meskipun Xin Wa-Li Qian juga memberi tentangan sengit dalam set ketiga itu.
Namun pengalaman yang dimiliki beregu kesembilan dunia itu ternyata membantu mereka untuk mengawal tekanan dalam gelanggang sekali gus memastikan kemenangan memihak kepada mereka. – Edisi 9