27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

PPS terakhir di Selangor ditutup, 349 masih di PPS Perak

Mesti Baca

TIADA lagi mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor dan jumlah mangsa banjir di Perak menyusut kepada 349 penduduk daripada 103 keluarga yang masih ditempatkan di lima PPS di Hilir Perak dan Kerian, semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Selangor dalam satu kenyataan, memaklumkan empat PPS terakhir di negeri itu telah ditutup.

“PPS berkenaan ialah Dewan Orang Ramai Jenderam Hilir, Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil dan Dewan Orang Ramai Dengkil di Daerah Sepang, serta Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang di Kuala Langat.

“Di Perak, jumlah mangsa banjir semakin berkurangan dengan 349 penduduk daripada 103 keluarga berbanding 423 penduduk daripada 127 keluarga pagi tadi yang masih ditempatkan di lima PPS di Hilir Perak dan Kerian.

Advertisements

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam kenyataan berkata di Hilir Perak, 169 orang daripada 50 keluarga masih berada di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak manakala PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan pula menempatkan seramai 66 orang daripada 22 keluarga.

“Di PPS Dewan Serbaguna Chikus pula menempatkan seramai 34 mangsa daripada lapan keluarga.

“Mangsa banjir di Daerah Kerian pula berkurangan kepada 23 orang daripada empat keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak dan mangsa di PPS SK Alor Pongsu masih kekal iaitu 57 orang daripada 19 keluarga,” kata kenyataan itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan