27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

USM, SpaceIn lancar satelit piko pertama Malaysia

Mesti Baca

UNIVERSITI Sains Malaysia (USM) dan syarikat spin-off universiti, SpaceIn Sdn Bhd melakar sejarah apabila melancarkan satelit piko pertama Malaysia, SpaceANT-D semalam jam 2.47 pagi waktu tempatan.

Pelancaran berkenaan menggunakan roket Falcon 9 milik SpaceX dari Vandenberg Space Force Base, California.

Ketua Pegawai Eksekutif SpaceIn, Dr. Norilmi Amilia Ismail berkata, misi itu adalah hasil usaha bersama antara USM, SpaceIn, dan Persatuan Pemancar Radio Amatur Malaysia (MARTS) dan menandakan pencapaian penting dalam usaha negara untuk mencapai Malaysia Space Exploration 2030.

Katanya, pelancaran satelit itu juga menunjukkan komitmen USM dan SpaceIn dalam membangunkan bakat tempatan, menggalakkan inovasi dan memajukan industri angkasa di Malaysia.

“SpaceIn bercita-cita untuk memimpin aktiviti penjelajahan angkasa di Malaysia. Kami percaya dengan pengurangan kos melalui penggunaan satelit kecil akan memberi lebih banyak peluang kepada semua untuk menggunakan teknologi angkasa bagi menyelesaikan pelbagai masalah industri dan kehidupan.

“Antara industri tumpuan SpaceIn untuk penggunaan satelit ‘Space Advance Network Technology’ (SpaceANT) ini adalah industri pertanian, perhutanan, minyak dan gas,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu berkata, SpaceANT-D akan dilepaskan daripada ‘deployer’ (pelancar) Alba Orbital dalam masa tujuh hingga 10 hari lagi dan kemudiannya isyarat pertama satelit terbabit akan dihantar ke stesen bumi.

Advertisements

“SpaceANT-D berukuran 5x5x5 cm dan berat kurang dari 250 gram (g) ini akan mendemonstrasikan misi penstoran dan penghantaran data untuk aplikasi Internet Pelbagai Benda (IoT).

“Dinamakan ‘Space Advance Network Technology’ (SpaceANT), akan menerima data daripada sensor di bumi dan kemudiannya data ini dihantar semula ke stesen bumi.

“Dari stesen bumi, data akan dihantar ke ‘cloud’ (storan penyimpanan) untuk memudahkan pengambilan data oleh pengguna,” katanya.

Katanya lagi, SpaceIn adalah salah satu pemenang program akselerator SUPERB yang ditawarkan oleh sebuah agensi tindakan afirmatif Bumiputera, TERAJU, yang ditubuhkan pada tahun 2011 di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Geran yang dimenangi telah digunakan untuk membiayai pembangunan SpaceANT-D.

“SpaceIn juga menerima dana daripada Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) untuk pembangunan pusat data satelit di Universiti Sains Malaysia,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan