Sunday, July 19, 2026

Razli dilantik semula Naib Canselor UMK

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PROF. Datuk Dr. Razli Che Razak dilantik semula sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi tempoh setahun berkuat kuasa esok hingga 23 November 2024.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkata, beliau yang berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam Pengurusan Operasi dari Universiti Sains Malaysia (USM) dilantik pertama kali menjawat jawatan tersebut pada 1 Mac 2022.

“Pelantikan semula ini bagi membolehkan Razli meneruskan perancangan dan pelaksanaan inisiatif yang telah digariskan untuk memacu UMK sebagai sebuah universiti berteraskan kepada pendidikan keusahawanan dan perusahaan.

“Kementerian yakin dengan pelantikan semula beliau dapat memperkasa dan melahirkan modal insan negara yang holistik, bercirikan keusahawanan dan seimbang.

“Ini penting dalam memastikan ekonomi negara kukuh dan berdaya saing,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Dalam perkembangan lain, KPT memaklumkan, Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof. Dr. Shaharum Shamsuddin dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar)=/

“Dekan Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM) pula dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).

“Kedua-dua pelantikan ini berkuat kuasa mulai 1 Disember ini,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Exco Johor: Enam kekal portfolio, empat lantikan baharu

SERAMAI 10 Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Johor bagi penggal 2026-2031 hari ini mengangkat sumpah jawatan masing-masing hari...

Lagi Artikel Berkaitan