29.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

‘Phone scam’, guru wanita rugi lebih RM300,000

Mesti Baca

GARA-GARA  ‘phone scam’ seorang guru wanita mengalami kerugian RM362,399 selepas diperdaya dengan sindiket yang menyamar sebagai pihak Pos Laju dan polis.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang telah menerima laporan dari Daerah Cameron Highlands berkenaan kejadian terbabit.

Katanya, pada Oktober lalu, mangsa yang berusia 34 tahun itu telah menerima panggilan daripada individu yang menyamar daripada Pos Laju Malaysia mengatakan terdapat satu bungkusan yang dihantar atas nama mangsa.

“Bungkusan itu mengandungi dokumen penting seperti Mykad, kad kredit dan buku cek bank.

“Bungkusan berkenaan telah ditahan oleh Pos Laju dan talian mangsa disambungkan kepada polis IPK Pulau Pinang serta Bukit Aman kerana disyaki terbabit dengan kes penggubahan wang haram serta penyeludupan dadah,” katanya dalam satu kenyataan.

Yahaya berkata, mangsa diberitahu akan dibantu dalam rayuan kes dan kemudiannya telah diarahkan untuk membuat pindahan wang bagi tujuan siasatan.

Advertisements

Beliau berkata, mangsa juga diminta membuat pinjaman bank dan maklumat perbankan terbabit perlu diserahkan bagi tujuan siasatan.

“Mangsa kemudiannya turut diarahkan membuat pindahan wang simpanan lain secara berperingkat ke akaun suspek bagi bayaran mahkamah, Bank Negara Malaysia serta audit.

“Jumlah wang yang telah dipindahkan ke suspek dianggarkan RM362,399. Mangsa cuba menghubungi individu terbabit semula tetapi gagal,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai yang menerima panggilan yang meragukan untuk segera membuat semakan dengan pihak polis atau agensi kerajaan berkenaan bag mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima di pautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bernas tanam padi pulut berskala besar di Langkawi

PADIBERAS Nasional Berhad (Bernas) melaksanakan projek penanaman padi pulut berskala besar membabitkan ladang sawah seluas 540 hektar di Langkawi,...

Lagi Artikel Berkaitan