30.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Terpedaya dengan ‘phone scam’ warga emas rugi lebih RM540,000

Mesti Baca

TERPEDAYA dengan phone scam seorang lelaki warga emas berputih mata apabila kerugian RM540,047.97 selepas menjadi mangsa.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pesara syarikat swasta berusia 75 tahun itu menerima panggilan telefon melalui aplikasi WhatsApp pada November tahun lalu yang disambungkan kepada seorang individu mendakwa dirinya anggota polis.

“Individu itu memberitahu terdapat rekod jenayah didaftarkan atas nama mangsa dan panggilan seterusnya disambungkan kepada individu lain yang memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis menyatakan pengadu akan ditangkap dan direman.

“Mangsa seterusnya ditawarkan untuk membuat laporan secara dalam talian, disebabkan takut mangsa telah mengikut arahan suspek dengan mengeluarkan wang daripada akaun miliknya dan memasukkan wang itu ke dalam akaun lain yang juga milik mangsa berjumlah RM543,000 bagi menyelesaikan kes berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kamarul Zaman berkata, mangsa juga telah mengikut arahan suspek untuk meletakkan dan meninggalkan kad mesin juruwang automatik (ATM) berserta nombor pin akaun yang mempunyai RM543,000 di satu lokasi yang diarahkan.

Advertisements

Beliau berkata, pada mulanya, mangsa tidak merasa curiga, namun pada awal bulan ini, lelaki itu mulai risau apabila semakan dalam akaun banknya mendapati terdapat transaksi pindahan keluar wang ke beberapa penama yang tidak dikenali dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM540,047.97.

“Pengadu mengsyaki telah ditipu dan kemudian membuat laporan polis. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Kamarul Zaman berkata, polis menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga terutama dalam urusan membabitkan transaksi kewangan selain disarankan mengikuti laman sosial Jabatan Siasatan Jenayah Komersial seperti Facebook, Instagram dan TikTok bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan modus operandi jenayah komersial.

“Orang ramai juga diseru menggunakan perkhidmatan dalam talian ‘semak mule’ sebelum membuat sebarang pembayaran serta muat turun aplikasi ‘whoscall’ bagi mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan.

“Sekiranya telah menjadi mangsa penipuan, hubungi National Scam Response Centre (NSRC) melalui talian 997 dengan segera,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan