29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Menang saman fitnah: Shuib derma duit kepada tabung Palestin

Mesti Baca

HAMPIR lima bulan berjuang, pelawak dan usahawan, Shuib memenangi saman fitnah yang dilemparkan oleh pengguna laman sosial yang dikenali sebagai John Dihani, hari ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Shuib, 40, buat kali pertama bertemu dengan John di Kompleks Mahkamah Shah Alam, pagi tadi.

“Alhamdulillah, hari ini 10 Januari 2024 selesai sudah kes fitnah terhadap diri saya dan arwah @sitisarahraissuddin.

“Hampir lima bulan dan hari ini semuanya sudah terjawab. Fitnah kamu John Dihani langsung tak berasas dan tak masuk akal,” tulis Shuib.

Namun begitu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad memilih untuk memaafkan dan menghalalkan segala fitnah dilemparkan Johan terhadapnya atas dasar ihsan dan profesional.

“Untuk saman ini, ada jumlah yang perlu dibayar. Cuma, saya tak boleh jelaskan berapa jumlah perlu dibayar.

“Hasil duit saman akan disalurkan ke tabung Palestin di bawah Yayasan Nurjiwa.

“Saya doakan semoga awak dipermudahkan segala urusan dan semoga ini juga menjadi pengajaran pada semua supaya lebih berhati-hati dalam menggunakan media sosial.

“Jangan suka-suka menabur fitnah tanpa usul periksa, Jangan jadikan fitnah satu perkara normal, ini bukan budaya orang Malaysia,” tulisnya lagi.

Sementara itu, John membuat permohonan maaf secara terbuka dalam laman sosial.

Advertisements

“Saya membuat hantaran di IG dan menyatakan beberapa kenyataan berunsur fitnah pada Ogos tahun lalu.

“Saya menulis beberapa kenyataan fitnah dalam ruangan komen tanpa bukti dan asas. Tindakan menyebarkan fitnah ini dilakukan tanpa memikirkan kesan.

“Saya tahu penyebaran fitnah kerap berlaku dan sarankan kepada mana-mana pihak untuk tidak sebarkan fitnah.

“Saya mohon maaf pada Shuib atas penyebaran dan penularan fitnah menerusi hantaran berkenaan,” katanya.

Terdahulu, 4 Julai lalu, Shuib berkongsi dua paparan pengguna media sosial yang menyebarkan fitnah kononnya dia terbabit dengan pertubuhan Freemason.

Menerusi hantaran itu, individu berkenaan mendakwa isterinya, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin ditidurkan secara paksa selepas dijangkiti Covid-19, dua tahun lalu.

Bagaimanapun, seorang individu, Zulhairi Abu Othman, 35, tampil bersemuka dan membuat permohonan maaf.

Manakala, John pula membuat permohonan maaf menerusi satu hantaran dalam media sosial.

John mengakui kesilapan berkongsi kandungan tanpa fakta tepat dan mengakui tindakannya itu memburukkan keadaan.

Bagaimanapun, Shuib bertegas mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap John kerana enggan tampil bersemuka. -Edisi 9

 

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan