25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Sah Shuib, Watie bakal disatukan Jun ini

Pasangan ini kini dalam proses membuat persiapan menjelang hari bahagia tidak lama lagi.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PELAWAK dan penyampai radio Shuib mengesahkan bahawa dia akan menamatkan zaman dudanya dengan wanita pilihan hatinya, Watie Hanifiah pada Jun ini.

Shuib, 38, berkata, dia dan pasangannya itu kini dalam proses membuat persiapan menjelang hari bahagia tidak lama lagi.

“Kini sudah 30 peratus. Insya-Allah, bulan Jun. Nanti saya akan umumkan tarikh. Persiapan dari segi dewan sudah dilakukan. Saya akan jalankan majlis pernikahan dan persandingan. Persiapan busana belum lagi.

“Saya tak mahu bernikah dengan terlalu grand (mewah), tak mahu juga terlalu kecil-kecilan kerana memikirkan ahli keluarga. Ini adalah perkahwinan pertama dia, jadi sudah tentu keluarga belah sana mahu meraikan kami.

“Saya harap dapat buat majlis sederhana dan bermakna, jadi semua akan gembira,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Suria FM di Petaling Jaya, malam tadi, lapor Gempak.

WATIE HANIFIAH

Akui berdebar untuk memasuki semula fasa bergelar suami selepas kehilangan cinta hatinya, Allahyarham Siti Sarah dua tahun lalu, Shuib menyifatkan dia perlu mempunyai sistem sokongan yang kuat.

Advertisements

“Sudah tentu berdebar, bila saya tengok anak-anak memang saya perlu seseorang untuk berada di samping saya. Kita tahu kebolehan kita, kemampuan kita, bila mana ada orang sudi untuk sama-sama, itu satu pemberian oleh Allah.

“Kita nak yang baik-baik ke depan, harapnya dipermudahkan. Saya tak reti (pandai) sebenarnya sendiri.

“Sejak dulu saya suka meriah, gembira, ramai-ramai, saya suka jemput orang datang rumah, jadi apabila saya sendiri, saya rasa itu bukan saya.

“Saya seorang yang bekeluarga, saya suka keluarga, lagi besar keluarga itu, lagi saya gembira. Bila ada peluang macam ini, bila Allah sudah hadirkan orang yang sudi duduk dengan saya, jaga anak-anak saya, jaga saya juga, saya kena hargai, Insya-Allah,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan