Tuesday, July 21, 2026

Erra Fazira tamatkan zaman janda, pilih ahli perniagaan

Erra menerima mas kahwin sepokok ufti bunga emas seberat 102 gram berserta set barang kemas, tas tangan, jam tangan serta kasut yang diletak di atas talam sebagai hantaran perkahwinan.

Mesti Baca

PELAKON, penyanyi dan hos terkenal Erra Fazira memilih ahli perniagaan, Ezwan Zain sebagai pendamping hidup setelah lebih 10 tahun berstatus ibu tunggal.

Hari ini Fazira Wan Chek, 51, selamat diijabkabulkan dengan jejaka dikenali sebagai “Mr E” itu dalam satu majlis di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang, Shah Alam kira-kira pukul 9 pagi ini.

Dengan hanya sekali lafaz, Ezwan, 44, sah bergelar suami kepada primadona filem Melayu kesayangan rakyat Malaysia itu.

Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah, Penolong Pendaftar Perkahwinan, Majlis Agama Islam Selangor Mohd Sabirin Noordin.

Erra menerima mas kahwin sepokok ufti bunga emas seberat 102 gram berserta set barang kemas, tas tangan, jam tangan serta kasut yang diletak di atas talam sebagai hantaran perkahwinan.

Sebelum ini, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan vokalis KRU, Datuk Yusry Abdul Halim, namun, bercerai pada 2006 selepas tiga tahun berkahwin. 

Erra kemudian berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, sebelum berpisah pada 2014.

Ezwan pula sudah lapan tahun bergelar duda dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan.

Erra sebelum ini mendedahkan beliau kali pertama bertemu suaminya itu di konti Sinar FM ketika menjadi penyampai radio jemputan.

Hubungan pada awalnya hanya sebagai rakan akhirnya membuahkan perasaan cinta sehingga mereka disatukan hari ini. 

Selamat Pengantin Baru Erra dan Mr E! – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan