Saturday, June 13, 2026

VFive terap teknologi pintar dalam pengurusan fasiliti, pembinaan

Ini termasuk penggunaan sistem Smart FM iaitu model pengurusan berteraskan digital, analitik dan integrasi data yang dirangka untuk mentransformasikan kecekapan operasi. 

Mesti Baca

VFIVE Group Sdn Bhd, syarikat pengurusan fasiliti dan pembinaan milik Bumiputera, terus memperkukuhkan kedudukan sebagai peneraju industri pengurusan fasiliti (FM) dengan menerapkan teknologi pintar dan aspek inovasi dalam perkhidmatannya.

Pengarah Urusan Kumpulan VFive Group, Datuk Mohd Syafiq Abdullah berkata, ini termasuk penggunaan sistem Smart FM iaitu model pengurusan berteraskan digital, analitik dan integrasi data yang dirangka untuk mentransformasikan kecekapan operasi. 

Beliau berkata, model tersebut  berkenaan menggunakan aplikasi V-ROSE iaitu perisian Sistem Pengurusan Penyelenggaraan Berkomputer (CMMS)

yang dibangunkan oleh tenaga pakar tempatan dan mematuhi sepenuhnya spesifikasi Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Dasar Keselamatan ICT.

“Dalam dunia digital yang dipacu automasi, robotik dan kecerdasan buatan (AI), teknologi sentiasa berkembang dengan laju.

“Sebagai pemain industri, kami perlu sentiasa berada dua atau tiga langkah ke hadapan dan proaktif mengambil pendekatan yang menggabungkan transformasi teknologi dengan kecekapan operasi bagi memberikan nilai tambah yang luar biasa kepada pelanggan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Shafiq berkata, melalui pendekatan Smart FM, setiap aduan daripada pelanggan dipantau dan seterusnya diintegrasikan secara proses automasi.

Katanya, ini bagi memastikan tindakan penyelenggaraan melibatkan aset, utiliti, sisa buangan dan sebagainya ditangani dengan pantas dan efisien.

Tambah beliau, keberkesanan model tersebut dapat dilihat melalui impak positif yang diterima melibatkan projek semasa termasuklah pengurusan fasiliti di Bangunan Sultan Iskandar, kuarters kerajaan persekutuan di Presint 10 dan 14 serta Blok E4/5 Presint 1, Putrajaya.

Mohd Shafiq berkata, dalam sektor pembinaan pula, VFive Group memperkenalkan model Smart Construction merangkumi BIM, Digital Twin, IoT Monitoring, Robotics, Modular Construction dan juga analitik AI.

Jelas beliau, ini bagi meningkatkan ketepatan perancangan, mempercepat pelaksanaan serta menambah baik keselamatan di kawasan tapak pembinaan.

“Penggunaan bahan pembinaan yang mesra alam sekitar turut diketengahkan termasuk sistem penuaian air hujan, teknologi lampu solar, acuan plastik boleh guna semula yang sesuai untuk kegunaan pembangunan infrastruktur seperti perumahan, bangunan komersial, sekolah, sistem pengairan dan lain-lain,” katanya. — Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan