34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Shuib tinggalkan radio Suria FM

Mesti Baca

SETELAH lebih setahun menjadi penyampai radio di segmen Morning Morning Suria, kini kerjasama Suria FM bersama Shuib berakhir berkuat kuasa hari ini.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid berkata, kerjasama yang terjalin selama hampir dua tahun itu adalah langkah strategik Suria FM bagi tahun 2023.

Bagaimana pun, beliau yang juga dikenali sebagai DJ Lin berkata, kolaborasi khas dengan Shuib itu berlangsung beberapa tempoh sahaja memandangkan dia ingin menumpukan sepenuhnya kepada perniagaan yang semakin berkembang.

“Komitmen Shuib bersama Suria FM bukan sahaja menjadi sebahagian daripada perancangan tahunan stesen radio, tetapi juga menjadi satu pengalaman yang amat berharga buat kami.

Advertisements

“Mewakili keluarga Suria FM, kami berterima kasih diatas segala komitmen padu dan elemen kreatif yang dibawakan oleh Shuib kepada stesen radio kami. Diharapkan beliau terus berjaya dalam setiap usaha perniagaan dan kerjayanya,” katanya.

Walau bagaimanapun, Suria FM juga berharap untuk terus menjalin kerjasama dengan Shuib dalam pelbagai inisiatif pada masa mendatang.

Persoalan mengenai siapakah pengganti Shuib masih terlalu awal untuk diputuskan, namun pihak Suria FM akan memaklumkan kepada umum mengenainya sebaik keputusan rasmi dicapai.

Untuk rekod, Shuib mula berkhidmat sebagai penyampai di Suria FM pada 29 Ogos 2022. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan