28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

Waspada khidmat tawaran tebus kredit eMADANI – MOF

Mesti Baca

KEMENTERIAN Kewangan (MOF) menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan penebusan tunai (cash-out) atau pemindahan peer-to-peer kredit eMADANI oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.

MOF berkata, ia bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan scam serta kehilangan kredit yang diterima mereka.

“MOF tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai.

“Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terbabit dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang membabitkan pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

MOF berkata, program eMADANI diluncur bertujuan menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

Advertisements

“Oleh itu, kredit eMADANI tidak boleh digunakan antaranya bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

“Ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terbabit iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.

“Pendaftaran program eMADANI dibuka mulai hari ini sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program eMADANI dengan melayari https://manfaat.mof.gov.my/individu/eMADANI. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan