31.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Guna kaedah IVF: Wanita 70 tahun lahir anak kembar

Mesti Baca

SEORANG wanita dari Uganda menjadi ibu tertua di Afrika apabila berjaya melahirkan anak kembar melalui rawatan pensenyawaan in-vitro (IVF) pada usianya 70 tahun.

Safina Namukwaya melahirkan sepasang anak kembar lelaki dan perempuan dengan kaedah pembedahan caesarean pada Rabu lalu di sebuah hospital di Kampala, tempat dia mendapatkan rawatan IVF sebelum ini.

Menurut BBC, hospital itu mengucapkan tahniah kepadanya dan menyatakan bahawa kelahiran itu sebagai ‘kejayaan perubatan’ di hospital berkenaan.

Pakar kesuburan di Pusat Kesuburan dan Hospital Wanita Antarabangdsa (WHI&FC), Dr Edward Tamali Sali memberitahu BBC bahwa wanita itu menggunakan telur penderma dan sperma pasangannya untuk melakukan IVF.

“Bayi itu dilahirkan secara pramatang yang memasuki 31 minggu dan diletakkan dalam inkubator. Mereka kini stabil.

Advertisements

“Kami berjaya membantu Safina melahirkan anak kembar luar biasa pada umur 70 tahun dan juga ibu tertua di Afrika,” menurut kenyataan WHI&FC dalam akaun Facebook.

Menurut BBC, ia adalah kelahiran kedua bagi wanita itu dalam tempoh tiga tahun.

Kelahiran pertama adalah seorang bayi perempuan pada tahun 2020.

“Saya pernah menjaga anak orang dan melihat mereka membesar dan meninggalkan saya sendirian.

“Saya tertanya-tanya siapa akan menjaga saya nanti apabila sudah tua,” katanya. – Agensi

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan