27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Ekonomi ‘gig’ dan masa depan ‘giggers’

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

SEBUAH pasaran kerja yang bersifat kontrak jangka pendek atau freelance, berdasarkan pelaksanaan projek kecil dan yang serupa dengannya diistilahkan sebagai Ekonomi Gig.

Oleh kerana itu apabila kita bekerja dalam lingkungan ekonomi gig kita terdedah kepada jadual minit terakhir (last-minute scheduling).

Ekonomi gig ini bermula sejak kelembaban ekonomi Amerika Syarikat pada tahun 2018, bilamana ramai pekerja yang diberhentikan kerja dan memerlukan kerja sementara untuk menyara hidup.

Di Malaysia, Ekonomi Gig bermula apabila ujudnya Grab, Foodpanda dan Lazada dalam tahun 2012, dan Uber tahun 2013. Uber kemudian dibeli oleh Grab dan melenyapkannya bagi mengurangi persaingan.

Sekarang ini wujud pula Shopee, Tiktok, kios-kios kecil, penjual jalanan dan sebagainya.

Manusia perlukan pendapatan untuk menyara hidup mereka dan apa sahaja pekerjaan mereka perlu buat bagi mendapatkan kewangan.

Ramai yang berminat dengan ekonomi gig kerana memberikan mereka waktu yang anjal, boleh mengawal kegiatan sendiri dan kebebasan dalam waktu bekerja.

Malah, mereka yang bekerja tetap pun mengambil peluang dengan menjadi sebahagian daripada pekerja dalam ekonomi gig.

Istilah gig dikatakan bermula dengan perkataan “engagement” yang kemudian menjadi sebutan bagi jenis pekerjaan yang disebut di atas.

Dalam ekonomi gig, pekerjanya disebut “giggers”, dan pekerjaan yang mereka lakukan ialah “gigging”.

Kepada kerajaan sesebuah negara, pekerjaan jenis ini tidak ada percukaian ataupun belum ada undang-undang bagi pekerja jenis ini yang kadang-kadang menghasilkan pendapatan yang sangat lumayan untuk pembayaran cukai.

Timbul ura-ura agar semua yang terlibat dalam ekonomi gig mendaftar dengan kerajaan supaya pendapatan mereka dapat menjadi sumber cukai kepada negara.

Advertisements

Paling menyedihkan ialah para pekerja gig ini tiada perlindungan insuran, cuti bergaji, cuti sakit, gaji minimum, dan lain-lain kemudahan yang diperolehi oleh pekerja tetap kerajaan dan swasta, malah ahli parlimen pun mendapat pencen apabila mereka tidak lagi menjadi wakil rakyat.

Pihak majikan lebih suka mengambil mereka menjalankan sesuatu projek atau pekerjaan tertentu kerana lebih murah berbanding dengan pekerja tetap.

Majikan tidak perlu mengeluarkan biaya tambahan kepada pekerja gig ketimbang pekerja tetap syarikat mereka.

Nampaknya ekonomi gig ini betul-betul mengikuti rapat prinsip “supply and demand” apabila ada keperluan (demand), maka mereka akan mendapat banyak peluang untuk menambah pendapatan.

Dalam pada itu mereka juga mesti pandai mengawal pendapatan dan menyisihkan sebagai daripada pendapatan mereka untuk keperluan masa hadapan yang belum tentu cerah.

Menurut laporan media, hanya 33.5 peratus pekerja gig atau seramai 374,906 pekerja mencarum dalam PERKESO sehingga 31 Disember 2022.

Jumlah pekerja gig (giggers) di seluruh negara ialah 1.12 juta orang.

Pada tahun 2022, seramai 1,509 pekerja gig yang mencarum dengan PERKESO terbabit dalam kemalangan dan 32 orang daripadanya maut.

Berdasarkan kajian, pasaran kerja gig berbeza mengikut negara. Misalnya di Amerika Syarikat, 20 peratus pemandu Uber membuat kerja gig secara sepenuh masa, Austria dan German (3 peratus), Belanda (11 peratus).

Ramai pekerja tetap membuat kerja gig sebagai sumber pendapatan tambahan.

Semoga apapun yang kita lakukan mendapat redha Allah SWT dan rezeki yang diperolehi menjadi halal dan toyyibah (baik). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan