30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Lebih 222,000 penggiat ‘e-hailing’ miliki caruman aktif PERKESO

Mesti Baca

SEBANYAK 222,049 penggiat gig dalam pelbagai platform penyedia perkhidmatan sektor penghantaran barangan atau makanan serta pengangkutan penumpang (e-hailing) memiliki caruman aktif dalam Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, daripada jumlah tersebut 55.37 peratus atau 122,953 merupakan mereka yang berkhidmat dengan Grab Malaysia.

Beliau berkata, bagi tahun ini, Grab Malaysia menaja sebanyak 19,000 atau 15.45 peratus daripada keseluruhan rakan penghantar dan pemandu mereka, mengikut Skim Pekerjaan Sendiri (SPS) Padanan Caruman 20 peratus iaitu sebanyak RM46.60 berpandukan Pelan 2.

“Keputusan Grab Malaysia meneruskan tajaan caruman untuk rakan penghantar dan pemandu mencerminkan kecaknaan terhadap kepentingan perlindungan sosial dalam sektor ekonomi gig,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa pelancaran Program Tajaan Caruman SKSPS PERKESO kepada rakan penghantar Grab Malaysia di Grab Driver Centre (GDC), Petaling Jaya hari ini.

Hadir sama Pengarah Urusan Grab Malaysia, Adelene Foo.

Advertisements

Sehubungan itu, Mohammed Azman Aziz menyarankan pembabitan semua penyedia platform termasuk Grab Malaysia bagi menanggung baki 10 peratus SPS Padanan Caruman, demi kelestarian perlindungan sosial penggiat gig.

“PERKESO yakin Grab Malaysia akan menyambut baik saranan kerajaan ini untuk menaja semua rakan penghantar dan pemandu di bawah platform mereka,” katanya.

Dr Mohammed Azman berkata, kepentingan caruman SKSPS, perlindungan keselamatan sosial tidak hanya berkisar kepada manfaat yang bakal diperoleh rakan penghantar, sebaliknya turut meliputi kelangsungan hidup waris dan orang tanggungan mereka.

“Sehingga 27 Oktober lalu, PERKESO sudah membayar faedah kepada 4,125 penerima yang terdiri daripada pencarum, waris dan orang tanggungan menerusi Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) menjangkau RM23 juta.

“Perlindungan sosial penting kerana bagi tempoh 2020 sehingga kini, sebanyak 4,330 atau 82.57 peratus daripada 5,244 kes kemalangan yang membawa kepada tuntutan faedah adalah membabitkan sektor penghantaran barangan dan makanan.

“PERKESO amat menghargai kerjasama yang dizahirkan Grab Malaysia ke arah meningkatkan kesedaran dan kepentingan perlindungan keselamatan sosial demi memastikan kebajikan rakan penghantar mereka terjamin jika berlaku sesuatu bencana tanpa diduga,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan