32.3 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Mar Rak angkat kisah tarian menora, serap elemen seram

Mesti Baca

PERSEMBAHAN tarian menora mungkin asing bagi ramai orang namun ia cukup popular di Pantai Timur sekitar tahun 60-an sehingga 80-an terutamanya di Kelantan.

Mengangkat tarian menora sebagai elemen utama, filem Mar Rak arahan dan terbitan Datuk TS Jeffry merungkai misteri sepasang kekasih yang tiba-tiba dirasuk.

Filem yang menemui penonton di seluruh pawagam tanah air bermula hari ini, turut menerapkan elemen seram yang sering terjadi dan diamalkan oleh segelintir masyarakat bagi membalas dendam.

Berkongsi mengenai filem ini, TS Jeffry berkata, idea mengetengahkan tarian menora kerana tidak mahu seni persembahan itu tenggelam.

“Saya berasal dari Kelantan, dari kecil saya memang suka menonton persembahan menora ini walaupun tidak faham akan dialog Siam yang dilontarkan.

“Ketika tarian menora sangat popular sehinggalah ia tiada kerana diharamkan.

“Saya mahu generasi sekarang tahu bahawa selain ulek mayang, wayang kulit, dikir barat, menora juga adalah persembahan popular yang harus diingati.

“Justeru, dalam filem ini saya cuba angkat seni persembahan ini di samping menyelitkan kisah percintaan dan dendam sehingga membawa kepada perbuatan syirik menyembah jin dan syaitan,” katanya.

Advertisements

Menyedari tidak mengeluarkan kos yang banyak untuk menghasilkan filem ini, TS Jeffry turut mengetengahkan pelakon baharu sebagai watak utama.

“Saya akui bajet tidak banyak untuk menghasilkan filem ini apatah lagi saya masih baru dalam bidang pengarahan walaupun sudah 33 tahun terbabit dalam bidang seni lakonan.

“Menerusi geran Finas yang diterima saya tambah lagi dengan wang sendiri jadi saya ikut bajet saya untuk menghasilkan filem ini.

“Saya akui banyak kelemahan di sana sini dalam filem ini namun saya berharap berilah sokongan terhadap filem ini.

“Saya juga memilih pelakon baru kerana bagi saya perlu ada tanggungjawab dalam industri untuk mengangkat pelakon baru.

“Kita harus beri kepercayaan pada pelapis baru, saya juga harus memberi sedikit tunjuk ajar kepada mereka melalui pengalaman yang saya ada,” katanya.

Filem terbitan Pentas Wayang Production Sdn Bhd itu menampilkan pelakon seperti Kael, Shatirah Amanda, Nina KSC, Dyvianna James dan ramai lagi. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan