27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Penyasaran subsidi diesel hanya di Semenanjung – PM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENYASARAN semula subsidi diesel secara berfasa hanya akan dilaksanakan di Semenanjung sahaja. 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyasaran semula subsidi berkenaan tidak melibatkan Sabah dan Sarawak kerana diesel digunakan secara menyeluruh di dua-dua negeri berkenaan. 

“(Penyasaran) subsidi diesel digunakan hanya di Semenanjung, sebab di Sabah Sarawak diesel digunakan secara menyeluruh jadi kalau nak laksanakan kena kaji dampaknya begitu rupa,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2024 bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat, hari ini.

Advertisements

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kos keseluruhan subsidi kini berjumlah RM81 bilion yang turut dinikmati oleh warga asing serta golongan maha kaya. 

“Tetapi nelayan yang menerima subsidi diesel itu diteruskan juga (RM1.65 seliter), kenderaan diesel dalam ketegori pengangkutan awam termasuk van dan bas sekolah juga kekal RM1.88 seliter. 

“Jadi saya harap dapat menerima penyasaran semula diesel ini kerana ia boleh mengurangkan beban kerajaan,” katanya. 

Harga diesel bersubsidi ketika ini adalah RM2.15 seliter berbanding harga pasaran kini yang mencecah RM3.78 seliter. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan