32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Mantapkan infrastruktur jalan raya demi keterhubungan rakyat

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

LALUAN Sutera Baharu (New Silk Road) dibangun oleh negara China melintasi tiga benua iaitu Asia, Afrika dan Eropah. Malah mengikut rancangan ia juga akan melalui Asia Barat.

Mereka ialah gergasi perdagangan (trade giant). Mempunyai visi dan misi yang sangat jelas.

Bukan seperti Amerika Syarikat (AS) yang sengaja menyerang negara lain secara brutal, China menyerang secara ekonomi, dalam nada lembut, dan ada negara yang hanyut kerana ketidakupayaan mereka membayar balik pinjaman China (contoh Sri Lanka).

Negara China mempunyai wawasan perdagangan ke seluruh dunia, memang sifat bangsa ini suka berniaga dan mungkin tujuan kedua ialah mengalahkan AS dalam menguasai ekonomi dunia.

Perlumbaan antara China dan AS sedang sengit berlaku untuk menjadi kuasa nombor satu ekonomi dunia.

Dikatakan bahawa ada pihak yang diketuai oleh AS, Israel dan kelompok mereka untuk membina jalan raya melintasi beberapa negara dan berakhir di Gaza. Perkara ini akan dikupas dalam tulisan yang lain.

Kita dapati ada pihak yang bertindak sebagai membalas Gerakan China yang terlebih dahulu. Berhasil atau tidak bergantung niat dan tindakan masing-masing blok.

Tujuan tulisan ini ialah menumpu kepada pembinaan infrastruktur jalan raya yang mantap, juga jaringan kereta api yang tersusun agar perhubungan perdagangan, silaturahim, persahabatan dan keharmonian hidup manusia terjamin.

Manusia ialah makhluk sosial dan mereka suka berkawan kalau sesuai antara satu sama lain.

Advertisements

Kalau kita lihat dari segi karakter masyarakat China yang rajin, berwawasan, dan berfikiran global, kita dapat menilai kemajuan mereka baik dari segi ekonomi, pendidikan dan hubungan antara mereka dan antarabangsa.

Diaspora China berada di mana-mana negara di seluruh dunia dan fokus mereka ialah perniagaan.

Jadi, tidak hairan kalau merekja mengutamakan jaringan jalan raya kerana sistem ini menjadi penghubung antara dua titik dan berbagai titik dalam dunia ini.

Perkara pertama dan utama bagi kemajuan sesebuah negara ialah keterhubungan (connectivity) dan terhubungan yang paling asas ialah jalan raya.

Jika akses jalan raya ke sebuah tempat itu lemah, maka masyarakat terpinggir itu akan kehilangan segala kemudahan lain terutama dalam menyebarkan makanan, pendidikan dan bersosial.

Walaupun di Malaysia sudah ada jaringan lebuh raya seperti Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dan nanti akan wujud Jaringan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi menghubungkan pantai barat dan pantai timur Semenanjung, namun kampung-kampung yang masih menghadapi masalah tidak ada jalan raya atau ada tetapi rosak perlulah diberikan perhatian.

Kita memerlukan pemimpin dan masyarakat yang berfikiran luas (think big) dalam menyelesaikan sesuatu masalah, jangan sekali-kali berfikiran sempit (taklid buta) dan yang paling teruk ialah tindakan tanpa berfikir.

Setelah diangkat rakyat sebagai wakil mereka, maka bertindaklah sebagai wakil rakyat, maknanya mewakili rakyat bukan mewakili kehendak peribadi. Jalan-jalanlah ke kampung-kampung bagi melihat masalah rakyat.

Semoga Malaysia mempunyai wakil yang benar-benar mewakili rakyat dan memikirkan keperluan rakyat banyak terutama hal ketersambungan (connectivity) melalui jalan raya atau jalan kereta api di mana-mana perlu.


Penulis adalah mantan Profesor Madya di Universiti Sains Islam Malaysia dan aktif dalam penulisan.
Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan