GANGGUAN emosi boleh berlaku pada bila-bila masa. Perubahan emosi macam perubahan air laut yang ada pasang dan surutnya. Ada ketika ianya baik dan ada Ketika ianya menurun.
Emosi akan terganggu apabila ada perbezaan antara nilai nurani kita dengan sesuatu yang berlaku di depan mata kita.
Sejak 7 Oktober 2023, selepas pejuang Palestin bertindak mempertahankan negara mereka dan dibalas dengan pengeboman hospital dan kini sudah hampir 10,000 nyawa kanak-kanak dan orang awam yang terkorban.
Nilai kemanusiaan kita mengatakan apakah yang berbuat demikian itu manusia atau binatang buas? Emosi kemanusiaan kita sangat terganggu.
Kita sangat terganggu apabila negara-negara yang dikatakan bertamaddun menyokong tindakbalas ganas kebinatangan itu. Emosi kita sungguh terganggu pada tahap gaban.
Negara-negara Islam yang banyak pun tidak dapat berbuat apa-apa mengenai ketidakadilan itu. Kita hanya melihat tanpa berbuat apa-apa.
Banyak sangat foto-foto dan video-video yang berterbangan mengenai perang tersebut.
Kita pun tidak pasti apakah status kebenaran foto-foto dan video-video tersebut. Ini sangat menggangu perasaan kemanusiaan kita.
Apa yang sudah dan akan terjadi, sudah pun terjadi. Bagi kita hanya memanjatkan doa kepada Allah SWT, agar segala kekejaman dan ketidakadilan itu ditamatkan segera.
Makalah ini bertujuan untuk menilai sejauh mana gangguan emosi kita memberi kesan kepada kesihatan mental dan badan kita.
Emosi memiliki kesan yang jelas kepada kesihatan fizikal dan mental seseorang. Berikut adalah beberapa kesan emosi terhadap kesihatan:
- Tekanan (stress) – Tekanan atau stres yang berlebihan dapat meningkatkan risiko masalah kesihatan seperti penyakit jantung, gangguan pencernaan, insomnia (kurang tidur), dan penurunan sistem kekebalan tubuh.
- Depresi dan Kecemasan – Depresi dan kecemasan yang tidak diatasi dapat memberi kesannegatif pada kesihatan mental dan fizikal, termasuk gangguan makan, gangguan tidur, dan penurunan tenaga.
- Sistem Kekebalan Tubuh – Emosi positif seperti kebahagiaan dan kasih sayang dapat memperkuat sistem kekebalan tubuh, sementara emosi negatif seperti marah atau stres yang kronik dapat melemahkannya.
- Gangguan Tidur – Emosi yang kuat dapat mempengaruhi tidur, dan seterusnya mempengaruhi kesihatan fizikal dan mental.
- Kualiti Hidup – Emosi positif dapat meningkatkan kualiti hidup seseorang, sementara emosi negatif yang berlebihan dapat menguranginya.
- Hubungan Sosial – Emosi dapat mempengaruhi hubungan sosial, termasuk hubungan keluarga, teman, dan rakan sekerja.
- Kesihatan Jantung – Emosi negatif seperti kemarahan dan kecemasan dapat meningkatkan risiko penyakit jantung.
Penting untuk mengawal emosi dengan cara yang sihat, seperti berbicara dengan seorang teman atau profesional kesihatan mental, bermeditasi, bersenam, olahraga, dan menjaga pola makan seimbang.
Dengan cara ini, kita dapat meminimalkan kesan emosi negatif pada kesihatan dan meningkatkan kesejahteraan secara keseluruhan.
Bagi orang Islam kita berusaha sekuat tenaga untuk bersabar, solat dan mengembalikan kepada Allah semua musibah yang berlaku.
Kita bertawakkal kepada-Nya kerana hanya Dia yang dapat membalas apa-apa ketidakadilan yang berlaku. Kita berserah diri secara total kepada-Nya.
Semoga kita terus menjaga emosi kita agar kesihatan kita terus baik dan dapat hidup dengan selesa.
Penulis adalah mantan Profesor Madya di Universiti Sains Islam Malaysia dan seorang yang aktif dalam penulisan.