26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Kesihatan abah dalam keadaan baik – Nurul Hidayah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KESIHATAN Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berada dalam keadaan baik, selepas selesai menjalani satu prosedur pembedahan Khamis lepas.

Perkembangan itu dimaklumkan Datuk Nurul Hidayah dalam catatan di Instagram hari ini.

Anak perempuan Ahmad Zahid itu berkata, beliau amat menghargai keprihatinan dan doa daripada semua pihak.

“Alhamdulillah abah saya sihat setelah menjalani satu prosedur pembedahan pada hari Khamis lepas, yang seharusnya dilakukan lebih awal lagi, (namun tidak dapat) kerana kekangan masa dan jadual yang padat.

“Bagi kami sekeluarga, inilah masa yang sebaiknya kami gunakan untuk bersama menyantuni abah, menjadi sumber semangat abah untuk kembali pulih dan sihat agar dapat meneruskan khidmat kepada negara,” lkatanya.

Advertisements

Nurul Hidayah berkata, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mempunyai semangat juang yang tinggi.

“Semoga segala pengorbanan dan perkhidmatan abah kepada agama, masyarakat dan negara keseluruhannya selama ini, Allah gantikan dengan pahala yang berlipat ganda,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan masyarakat supaya tidak berkongsi berita yang tidak sahih.

Semalam tular di media sosial mengenai kesihatan Ahmad Zahid. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan