26 C
Kuala Lumpur
Sunday, December 10, 2023

Polis rakam keterangan Mohammad Agus esok

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS mengesahkan akan memanggil sekali lagi Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Mohammad Agus Yusoff untuk dirakam keterangan esok, susulan video perbualan miripnya dengan seorang kakitangan J-KOM yang tular.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, selain Mohammad Agus, beberapa individu lain akan dipanggil bagi membantu siasatan dalam masa terdekat.

“Kita akan merakam keterangan Mohammad Agus pada esok, manakala Penolong pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani akan dipanggil dalam tempoh terdekat.

“Polis juga dijangka akan memanggil individu lain bagi membantu siasatan,”katanya memetik laporan Sinar Harian.

Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu bergelar ‘Mr H’ yang dikaitkan dengan kes berkenaan.

Sebelum ini, tular menerusi media sosial video berdurasi tiga minit memaparkan perbualan secara dalam talian antara lelaki didakwa mirip Mohammad Agus dengan seorang individu lain. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Pasangan warga asing diberkas jadi ejen permit kerja haram

WARGA asing dipercayai suami isteri dan ejen sindiket memperbaharui permit kerja secara penipuan, ditahan menerusi Ops Serkap di sebuah...

Lagi Artikel Berkaitan