26 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Langgar syarat lesen, dua bot tunda ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menahan dua bot nelayan tempatan kelas C bersama 10 nelayan warga asing termasuk tekong dan kru kerana gagal kemukakan dokumen sah dalam operasi yang dijalankan di perairan Perak.

Kesemua mereka ditahan penguatkuasa pada dua kedudukan berbeza iaitu 9.5 dan 9.1 batu nautika barat daya Sungai Tiang, Perak sekitar pukul 4.58 dan 5.20 petang, Jumaat lalu.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali Ya’akup berkata, dua bot itu dikesan sedang melakukan aktiviti perikanan oleh KM Nyalau ketika melakukan rondaan rutin menerusi Op Sayong; Op Tanjung dan Op Tiris

“Hasil pemeriksaan mendapati, kedua-dua bot itu dikendalikan oleh dua tekong bersama lapan kru warga Myanmar berumur dalam lingkungan 20 hingga 36 tahun.

Advertisements

“Pemeriksaan lanjut mendapati, kedua-dua tekong gagal mengemukakan dokuman pengenalan diri dan dokumen kebenaran penggunaan kru warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Berikutan itu, katanya, kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran, beroperasi kurang daripada 15 batu nautika serta Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kesemua nelayan ditahan, manakala bot dan hasil tangkapan berserta peralatan menangkap ikan dirampas sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan