32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Empat premis tawar aktiviti seks, diarahkan tutup – DBKL

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

EMPAT buah premis tawar aktiviti seks dan pelacuran diarahkan tutup serta-merta oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Tindakan Khas Premis Berisiko (Aktiviti Seks / Pelacuran) yang dijalankan sekitar ibu negara Rabu lalu.

Tindakan penguatkuasaan terbabit yang bermula jam 10 malam itu telah memeriksa sejumlah enam buah premis.

DBKL menerusi kenyataan berkata, kawasan yang diserbu dalam operasi terbabit adalah di sekitar Jalan Genting Klang, Prima Setapak, Danau Kota dan Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

“Operasi dijalankan ini dibuat melalui risikan dari pasukan penguatkuasa DBKL sebelum ini, dan didapati terdapat beberapa lokasi premis tumpuan (hotspot) yang menjalankan aktiviti tidak bermoral.

“Pihak DBKL telah mengenal pasti premis-premis perniagaan yang menawarkan aktiviti seks dan pelacuran melibatkan wanita warga asing dari Vietnam, China dan Indonesia.

“Daripada enam premis yang diserbu, pihak penguatkuasa DBKL telah menahan sementara 34 orang wanita warga negara asing terdiri daripada (18) warga Vietnam, (9) warga China dan (7) warga Indonesia, disyaki sebagai pekerja dan pelayan seks.

“DBKL turut menahan lima orang lelaki dipercayai penjaga premis warga tempatan dan tujuj pelanggan yang hadir ke premis pelacuran berkenaan semasa serbuan dijalankan untuk rekod dokumentasi.

Advertisements

“Sebanyak empat buah premis ini dikenakan tindakan penutupan serta-merta dibawah Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Selain itu, sebanyak lima notis kompaun dikeluarkan dibawah UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 – menjalankan apa-apa aktiviti perniagaan tanpa kebenaran atau lesen pihak DBKL,”katanya.

Dalam masa sama katanya, DBKL turut membuat tindakan sitaan terhadap lima buah premis 98 pelbagai barangan dan peralatan bagi menjalankan aktiviti tidak bermoral.

“Ia termasuk kamera litar tertutup (CCTV), monitor, modem, dekoder, kondom, tisu, router, televisyen, gel pelincir dan lain-lain.

“Barangan dan peralatan telah yang disita, dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL, Jalan Lombong, Taman Miharja Kuala Lumpur untuk didokumentasi dan penyimpanan sementara sebelum tindakan lanjut terhadap pemilik premis,”katanya.

Ujar DBKL, pihaknya akan meneruskan dari masa ke semasa dan bekerjasama agensi penguatkuasaan selepas ini dilokasi tumpuan yang lain sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pau Marti bakal ucap ‘adios’ kepada skuad Harimau Malaya

PIALA Mitsubishi Electric ASEAN 2024 yang akan bermula Ahad ini bakal menjadi tugasan terakhir Pau Marti Vicente sebagai Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan