26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

MYAirline: PERKESO terima 533 permohonan faedah SIP, 277 lulus

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 533 pekerja syarikat penerbangan tambang murah MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) telah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) setakat semalam.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, daripada jumlah itu, PERKESO telah meluluskan 277 permohonan.

Beliau berkata, Kementerian Sumber Manusia (KSM) prihatin dalam memastikan pekerja MYAirline tidak tertindas biarpun status kontrak perkhidmatan mereka seakan-akan tergantung.

Advertisements

“SIP bertujuan menyediakan bantuan kewangan kepada pekerja yang hilang pekerjaan sehingga mereka mendapat pekerjaan baharu,”katanya.

Sebelum ini, MYAirline mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa 12 Okt sehingga diberitahu kelak antara lain disebabkan tekanan kewangan yang menyebabkan operasi perlu digantung sementara menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan permodalan semula syarikat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed pada 2 Nov lepas dilaporkan berkata, pihaknya sudah menjalankan lima program intervensi dalam membantu merungkai kemelut dialami pekerja MYAirline. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan