33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

MYAirline terima 15 cadangan pelabur berpotensi

Mesti Baca

SELEPAS menggantung operasinya sejak 12 Oktober lalu, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) telah menerima lebih 15 cadangan daripada pelabur berpotensi, dengan dua daripadanya sedang dalam rundingan lanjut.

MYAirline berkata, syarikat penerbangan tambang rendah itu sedang bekerja keras untuk memuktamadkan pakej pemodalan semula bagi memulihkan operasinya.

“Pakej pemodalan semula akan memudahkan pembayaran balik wang kepada penumpang terjejas, pembayaran gaji pekerja dan yuran berkanun,” katanya dalam satu kenyataan.

Berhubung notis tunjuk sebab oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), MYAirline berkata, syarikat itu telah memberi maklum balas secara rasmi kepada kedua-dua badan pengawal selia penerbangan masing-masing pada 25 dan 27 Oktober lalu, iaitu dalam tempoh tarikh akhir yang ditetapkan.

“Berhubung status kakitangan kami, MYAirline mengulangi pendirian bahawa kami tidak akan memberhentikan atau memberi cuti tanpa gaji kepada mana-mana kakitangan sejak 12 Oktober lalu hingga kini.

“Kami memahami kesukaran yang dihadapi oleh kakitangan dan MYAirlines ingin memberi jaminan kepada mereka bahawa kami melakukan segala yang terdaya untuk menangani masalah ini.

Advertisements

“Kami akan menggalakkan kakitangan untuk bekerjasama dengan kami dalam masa yang sukar ini kerana kami mengutamakan kepentingan terbaik mereka,” katanya.

MYAirline berkata, selain Tabung Ihsan yang ditubuhkan untuk mengutip derma dalaman untuk pekerja paling terjejas, syarikat itu juga telah memeterai perjanjian dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi memohon Skim Insurans Pekerja (EIS) bagi meringankan beban kewangan pekerja.

“Mengenai bayaran balik kepada penumpang terjejas, kami telah menerima lebih 30,000 panggilan dan e-mel yang mana akan dilayani oleh pasukan khidmat pelanggan.

“Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kami berhasrat untuk membuat semua bayaran balik sebaik sahaja kami menerima pakej permodalan semula daripada pelabur.

“Kami akan terus memberikan maklum balas terkini kepada penumpang dan pihak berkepentingan jika ada,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan