31.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

MAVCOM gantung lesen penerbangan MYAirline serta-merta

Mesti Baca

SURUHANJAYA Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menggantung lesen syarikat penerbangan tambang rendah bermasalah, MYAirline berkuat kuasa serta merta mengikut seksyen 43 (1) Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771].

Pengawal selia industri penerbangan itu dalam satu kenyataan berkata, mereka memutuskan untuk menggantung serta merta lesen berkenaan selepas menganggap jawapan MYAirline terhadap surat tunjuk sebab yang dikeluarkan bulan lalu sebagai tidak memuaskan.

“Walaupun pembatalan lesen penerbangan udara (ASL) MYAirline amat dipertimbangkan, potensi implikasinya adalah ia boleh menghentikan usaha untuk memulakan pembayaran balik kepada penumpang yang terjejas,” kata Pengerusi Eksekutif MAVCOM, Saripuddin Kasim dalam kenyataan itu.

Terdahulu, MAVCOM mengeluarkan surat tunjuk sebab pada 13 Oktober lalu.

Dalam surat tunjuk sebab itu, MAVCOM mengarahkan MYAirline untuk memberikan pernyataan bertulis dalam masa 14 hari.

Advertisements

Surat tunjuk sebab itu, antara lain menjelaskan kegagalan MYAirline untuk mematuhi syarat ASL dan penggantungan mengejut operasinya pada 12 Oktober 2023.

MAVCOM menerima pernyataan bertulis MYAirline pada 27 Oktober lalu.

Bagaimanapun, selepas menyemak pernyataan bertulis itu, MAVCOM memutuskan untuk menggantung ASL MYAirline memandangkan pernyataan yang dibuat oleh syarikat penerbangan terbabit tidak memuaskan surat tunjuk sebab.

MAVCOM berkata, sebagai pengawal selia komersial dan ekonomi industri penerbangan awam Malaysia, ia membuat keputusan itu bagi melindungi kepentingan penumpang dan pekerja yang terkesan oleh penggantungan operasi MYAirline, selain mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh industri penerbangan pasca pandemik Covid-19. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan