25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Kajian SSPA terima 98,757 cadangan – KPPA

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KAJIAN Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) telah menerima sebanyak 98,757 cadangan yang melibatkan 40,833 responden sehingga 31 Oktober lalu.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Dr. Zulkapli Mohamed berkata, laporan akhir Kajian SSPA dijangka akan dibentangkan
pada Julai 2024 dan seterusnya diangkat untuk pembentangan Belanjawan 2025.

Untuk itu, katanya, sesi libat urus ke semua peringkat negeri mula dijalankan pada Ogos lalu bagi memastikan semua penjawat awam merentasi pelbagai peringkat perkhidmatan, gred dan skim perkhidmatan terlibat dalam menyumbang pandangan, cadangan dan idea baharu.

“Kita komited untuk memastikan kajian ini dilaksanakan mengikut tempoh masa yang ditetapkan dengan dapatan data yang terangkum dan inklusif mewakili segenap lapisan suara akar umbi penjawat awam.

“Libat urus berskala besar mahupun kecil pada semua peringkat akan terus dipergiatkan melalui townhall, konvensyen, kumpulan fokus serta perjumpaan dengan pihak-pihak berkepentingan bagi memastikan tiada satu pun penjawat awam yang tertinggal,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2024 lalu mengumumkan pelaksanaan penuh SSPA dibuat bermula 2025.

Mengambil kira keperluan semasa, laporan akhir Kajian SSPA dijangka akan dibentangkan pada Julai 2024 dan seterusnya diangkat untuk pembentangan Belanjawan 2025.

Justeru itu, Zulkapli berkata, perubahan untuk menerima budaya kerja pantas dan berkesan melalui pendekatan menyeluruh tiga pihak iaitu rakyat, kerajaan dan industri perlu digerakkan oleh seluruh jentera perkhidmatan awam untuk sama-sama kita tingkatkan prestasi dan produktiviti.

“Laksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberi dengan sebaiknya dengan mendukung penuh prinsip integriti dan tata kelola yang baik.

“Ianya agar semua pihak mendapat manfaat, negara sejahtera dan seterusnya memaknai kajian yang kita usahakan ini,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan