Tuesday, July 21, 2026

Bekas KPPA ketuai lima Penasihat Parlimen Belia Malaysia

Dengan pelantikan tokoh berwibawa ini, PBMy dijangka memasuki fasa baru yang lebih progresif dan strategik - Johari Abdul

Mesti Baca

BEKAS Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Borhan Dollah antara lima yang dilantik sebagai Penasihat Parlimen Belia Malaysia (PBMy).

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, Borhan bertindak sebagai pengerusi penasihat yang turut diwakili empat yang lain.

Mereka ialah Naib Canselor Universiti Utara Malaysia, Prof. Datuk Dr. Mohd Foad bin Sakdan; Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Ts. Khairul Anuar bin Ishak; Prof. Madya Ts. Dr. Noor Haida Mohd Kaus (Universiti Sains Malaysia) dan Penganalis Enonomi Universiti Malaysia Terengganu, Prof. Madya Dr. Hazman Samsudin.

“Dengan pelantikan tokoh berwibawa ini, PBMy dijangka memasuki fasa baru yang lebih progresif dan strategik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Majlis penyerahan watikah pelantikan dilakukan oleh Johari di Parlimen semalam yang turut dihadiri oleh Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, Datuk Ahmad Husaini l Abdul Rahman.

Johari berkata, barisan penasihat itu akan dapat membantu merangka hala tuju, memperkukuh latihan kepimpinan serta membina jaringan berimpak tinggi dalam usaha mengangkat suara belia ke peringkat pembuat dasar negara. — Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan