Wednesday, July 22, 2026

212 terima penajaan Biasiswa YDPA sejak 2006 – Wan Dahlan

Mesti Baca

SERAMAI 212 warganegara Malaysia telah menerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (Biasiswa YDPA) menerusi 19 penawaran sejak diperkenalkan pada 2006 sehingga tahun ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, daripada jumlah tersebut seramai 107 menerima penajaan bagi peringkat Doktor Falsafah (PhD) manakala 105 lagi di peringkat Sarjana.

Beliau berkata, mereka merupakan para pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang Sains & Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang, Kewangan Islam, manakala penambahan pada tahun ini dalam bidang Kecerdasan Buatan.

“Biasiswa berprestij yang mula diperkenalkan pada tahun 2006 ini menaja calon berprestasi tinggi dalam akademik dan bukan akademik (ko-kurikulum) seperti terlibat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan menghasilkan kerja-kerja kreatif serta inovatif,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Penganugerahan Biasiswa YDPA 2024 disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Istana Negara hari ini.

Sultan Ibrahim berkenan bergambar barsama 14 penerima Biasiswa YDPA tahun 2024.

Pada majlis itu Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan biasiswa tersebut kepada 14 penerima iaitu tujuh orang di peringkat PhD dan tujuh lagi di peringkat Sarjana (Penyelidikan).

Daripada jumlah tersebut, dua orang penerima akan melanjutkan pengajian di universiti terkemuka luar negara manakala 12 penerima lagi akan mengikuti pengajian di universiti penyelidikan tempatan.

Berikut senarai penerima Biasiswa YDPA 2024:

DOKTOR FALSAFAH (PhD)

  1. Nadrahtul Aqilah Mohd Yahaya (Imperial College London – ICL)
  2. Alyssa April Dellow (Universiti Kebangsaan Malaysia – UKM)
  3. Muhammad Aiman Mohd Sukiman (Universiti Teknologi Malaysia – UTM)
  4. Toh Shek Man (Universiti Putra Malaysia – UPM)
  5. K. Avinash (UKM)
  6. Tuan Muhammad Faris Hamzi Tuan Ibrahim (UTM)
  7. Jankin Abdul Rahman (UPM)

SARJANA (PENYELIDIKAN)

  1. Ahmad Qayyum Fikri Ahmad Jazimin (UPM) – Computer Vision (AI)
  2. Nur Addina Mohamad Rosli (UPM) – Pemakanan (S&T)
  3. R. Jeyrubini (Universiti Sains Malaysia – USM) – Molecular Omics Technology (S&T)
  4. Nasihah Mohd Zahid (USM) – Nanotechnology (S&T)
  5. Adam Fansuri Achdiat Mahpha Fansuri (ICL) – Bioinformatics & Biocomputing (S&T)
  6. Muhammad Izzuddin Abdullah (Universiti Malaya – UM) – Biokimia (S&T)
  7. Nur Fatin Fitriah Nordin (UPM) – Machine Learning (AI)

– Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan