Monday, July 20, 2026

Asyraf Wajdi serah Notis Tuntutan Saman kepada Papagomo

Asyraf Wajdi yang juga Setiausaha Agung UMNO turut menasihati pencipta kandungan itu agar berhenti menyebarkan budaya politik kebencian dan fitnah murahan.

Mesti Baca

DATUK Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyerahkan Notis Tuntutan Saman terhadap penulis kontroversi, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo berhubung pernyataan fitnah yang dilemparkan kepada Pengerusi MARA itu menerusi media sosial beberapa hari lalu.

Tuntutan tersebut diserahkan oleh wakil Asyraf Wajdi kepada Wan Muhammad Azri di rumahnya pada pukul 2.15 petang ini.

Asyraf Wajdi yang juga Setiausaha Agung UMNO turut menasihati pencipta kandungan itu agar berhenti menyebarkan budaya politik kebencian dan fitnah murahan.

“Cukuplah budaya politik kebencian dan fitnah murahan. Kita mesti ajar erti tanggungjawab terhadap kata-kata dan tindakan.

“Kalaupun tidak kisah dengan hukuman dunia, moga ada sekelumit perasaan takut pada azab Allah yang amat pedih akibat fitnah,” katanya menerusi media sosialnya hari ini.

Surat tuntutan saman oleh Asyraf Wajdi Dusuki kepada Wan Muhammad Azri.

Wan Muhammad Azri yang juga bekas Exco Pemuda UMNO Malaysia itu mendakwa Asyraf Wajdi menyalahgunakan kuasanya dengan memberi tender-tender kantin Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) kepada kroninya.

Dia juga mendakwa Asyraf Wajdi menggunakan wang MARA untuk membeli 40 ekor lembu korban bagi Parlimen Gerik baru-baru ini.

Sambil menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut, Asyraf Wajdi berkata beliau akan mengemukakan saman terhadap Papagomo sebanyak RM1 juta.

Semalam, menerusi aplikasi Tiktok, Papagomo mendakwa tindakan Asyraf Wajdi itu hanya sekadar untuk menutup mulutnya daripada bercakap perkara yang dianggapnya benar. — Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan