Thursday, June 4, 2026

Muat naik kandungan jelik, lelaki bayar kompaun RM10,000

Mohamad Shafiq Abd Halim telah dikenakan tindakan setelah siasatan dilakukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

Mesti Baca

SEORANG lelaki telah membayar kompaun sebanyak RM10,000 setelah didapati bersalah memuat naik kandungan jelik yang melampau menerusi aplikasi Tiktok, Mac lalu.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), lelaki terbabit, Mohamad Shafiq Abd Halim, telah dikenakan tindakan setelah siasatan dilakukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

MCMC berkata, pihaknya juga telah memperoleh izin pengkompaunan daripada Jabatan Peguam Negara terhadap Mohammad Shafiq atas kesalahan yang dilakukan pada 31 Mac lalu itu.

“MCMC memandang serius penyalahgunaan platform digital bagi menyebarkan kandungan berunsur perkauman, keagamaan ekstrem atau yang menyentuh institusi negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, pengguna media sosial diingatkan agar sentiasa beretika,berhemah dan bertanggungjawab dalam setiap kandungan yang dimuat naik atau dikongsi.

“MCMC kekal komited untuk memastikan ruang siber negara kekal selamat, terkawal dan kondusif, seiring dengan usaha memperkukuh perpaduan serta keharmonian masyarakat di Malaysia,” katanya. — Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan