26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

MAVCOM minta MYAirline beri penjelasan bertulis

Mesti Baca

MYAIRLINE Sdn Bhd (MYAirline) diarah mengemukakan penjelasan bertulis mengenai pengumuman penangguhan operasi yang dibuat syarikat penerbangan itu pada 12 Oktober lalu.

Ia berikutan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) kepada MYAirline pada 13 Oktober lalu, susulan siasatan yang dibuka terhadap syarikat terbabit.

MAVCOM berkata, surat tunjuk sebab itu menyatakan kegagalan MYAirline untuk memenuhi syarat-syarat Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) termasuk pembayaran gaji dan faedah pekerja yang masih belum dijelaskan.

“MYAirline telah diarahkan untuk mengemukakan penjelasan bertulis sebelum 27 Oktober 2023,” katanya dalam satu kenyataan.

MAVCOM berkata, selepas menerima penjelasan bertulis MYAirline, pihaknya akan menilai sama ada syarikat itu layak untuk kekal sebagai pemegang ASL atau ASL MYAirline harus digantung atau dibatalkan menurut Seksyen 43(1) Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771].

MAVCOM memaklumkan akan mengumumkan perkembangan terbaharu berkaitan siasatan itu minggu depan dan kini sedang melakukan penyiasatan terhadap MYAirline sekiranya ia melanggar syarat-syarat ASL yang lain.

Advertisements

“Mengenai bayaran balik kepada pengguna terjejas, MAVCOM telah berhubung dengan pelbagai agensi termasuk Bank Negara Malaysia untuk mencari pelbagai kaedah mendapatkan bayaran balik itu.

“MAVCOM akan membuat pengumuman mengenainya nanti,” katanya.

Dalam pada itu, MAVCOM memaklumkan pihaknya menubuhkan pasukan petugas terdiri seorang Ahli Suruhanjaya, Anggota-anggota Jawatankuasa Perundangan, Jawatankuasa Pengawalseliaan dan Penyelesaian Pertikaian serta Jawatankuasa Perlindungan Pengguna.

Pasukan petugas berkenaan diberi mandat untuk menyiasat perkara berkaitan pembayaran balik kepada penumpang terjejas dan memberi cadangan mengenai langkah seterusnya.

Walaupun rangka kerja kelulusan pelesenan sedia ada yang terpakai kepada semua pemegang lesen baharu dan sedia ada adalah komprehensif, pasukan petugas itu akan turut menyemak semula rangka terbabit bagi sebarang penambahbaikan.

MYAirline Sdn Bhd mengumumkan menggantung operasinya berkuat kuasa 12 Oktober berikutan tekanan kewangan yang ketara. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan