28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 23, 2025

Empat premis makanan disita, kotor, tidak bersih

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LAGI restoran makanan diterjah!!!

Kali ini, sebanyak empat premis disita daripada 36 premis yang diperiksa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Operasi Sepadu Bersih yang dijalankan di ibu negara.

Operasi yang bermula jam 9.30 pagi berkenaan dilaksanakan di kawasan seperti Sentul Boulevard; Jalan Hujan Rahmat 2 dan 3; Jalan Ampang, Jalan Persiaran Ampang; Jalan Selinsing, Taman Seri Kuching; Jalan Jati, Jalan Inai serta Jalan Delima.

DBKL menerusi kenyataan berkata, empat premis berkenaan telah dikenakan tindakan arahan penutupan di bawah Sek. 11 Akta Makanan 1983.

“Manakala, sebuah premis dikenakan arahan penutupan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan 28(1) WPKL 2016,”menurut kenyataan itu.

Advertisements

Pada masa sama, DBKL berkata, sebanyak 66 kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan WPKL 2016 dan Undang-Undang Kecil Pengendali Makan 1979.

“Rata-rata kesalahan yang dilakukan masih sama, pekerja tidak ambil suntikan, premis tak bersih, bahan mentah diletak di atas lantai, terdapat serangga, makhluk perosak di premis serta menyalah guna lorong belakang,” katanya.

DBKL terus mengingatkan kepada pemilik premis supaya bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan premis makanan merek.

“Selagi anda masih bersikap tidak bertanggungjawab selagi itulah anda akan berdepan dengan tindakan penguatkuasaan dari DBKL,”katanya.

Operasi berkenaan melibatkan seramai 40 orang petugas, DBKL. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Hasil Aneka Jaringan rekod peningkatan 35.19 peratus

ANEKA Jaringan Holdings Berhad (Aneka Jaringan), pakar pembinaan bawah tanah dan asas, dengan mengumumkan peningkatan hasil sebanyak 35.19 peratus...

Lagi Artikel Berkaitan