SEBANYAK 14 jurugambar jalanan yang menjalankan operasi di sekitar Menara Berkembar Petronas dikenakan kompaun oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), malam tadi.
Menurut DBKL tindakan dilakukan di bawah UUK 3(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2026 kerana menjalankan operasi di kawasan tumpuan pelancong tersebutl tanpa permit sah.
“Selain itu, enam tindakan sitaan turut dilaksanakan ke atas peralatan yang digunakan oleh jurugambar bukan warganegara yang menjalankan aktiviti fotografi tanpa kebenaran,” kata kenyataan DBKL hari ini.
Sebelum ini pelbagai pihak termasuk kalangan pelancong asing mengeluh kerana sering diganggu oleh jurugambar jalanan di sekitar Jalan Ampang dan Jalan P. Ramlee.
Malahan ada yang mendakwa mereka dipaksa oleh jurugambar terbabit sebelum mengenalkan caj yang melampau untuk perkhidmatan mereka.
DBKL berkata, pihak akan terus melaksanakan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan secara berterusan di kawasan tumpuan awam.
Katanya, ini bagi memastikan peraturan bandar dipatuhi serta kesejahteraan dan keselamatan warga kota sentiasa terpelihara. — Edisi 9

