31.1 C
Kuala Lumpur
Monday, September 16, 2024

Bekas Pengarah Eksekutif UN-Habitat dilantik Datuk Bandar KL

Mesti Baca

BEKAS Pengarah Eksekutif Persidangan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat), Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelantikan Maimunah telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaras dengan Subseksyen 4(2), Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.

Pelantikan itu menyaksikan Maimunah, 63, sebagai wanita pertama bakal menerajui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Saya percaya, beliau adalah individu yang layak untuk menggalas amanah mengemudi DBKL berdasarkan pengalaman selama hampir empat dekad dalam perancangan bandar dan pembangunan komuniti tatkala mengetuai pelbagai institusi sama ada di dalam mahupun luar negara.

“Ini termasuk pengalamannya sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai, serta pernah menjadi Presiden Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA),” kata Perdana Menteri hari ini.

Advertisements

Anwar menyerahkan watikah pelantikan Datuk Bandar Kuala Lumpur kepada Maimunah di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar.

Lebih membanggakan, kata Perdana Menteri, Maimunah pernah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif UN-Habitat yang berpusat di Nairobi, Kenya, satu-satunya wanita Asia yang memegang jawatan ini.

“Moga pengalaman hebat yang dimiliki ini akan digunakan untuk memperbaiki taraf kehidupan warga Kuala Lumpur serta mengangkat imej, reputasi dan martabat bandaraya ini ke peringkat lebih tinggi, Insya-Allah,” katanya.

Maimunah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Perancangan Bandar) dari University of Wales Institute of Science and Technology, United Kingdom sebelum melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Sains (Perancangan Bandar) di Universiti Sains Malaysia. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Antara ekonomi gig, minat belajar dan pendidikan tinggi

Oleh NIK AMALENA NAJEBAH NIK AZMAN PADA masa kini, ekonomi gig telah berkembang pesat bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh...

Lagi Artikel Berkaitan