Tuesday, July 21, 2026

Harga diesel turun lagi 5 sen, dua minggu berturut-turut

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Berkecimpung lebih 30 tahun dalam dunia kewartawanan bersama media arus perdana. Keutamaan dalam penulisan berkaitan politik, sukan dan teknologi maklumat.

HARGA runcit diesel bagi Semenanjung Malaysia dikurangkan 5 sen seliter kepada RM3.25 mulai esok sehingga 21 Ogos.

Pengumuman Kementerian Kewangan (MoF) itu kali kedua berturut-turut sejak pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel pada 10 Jun lalu.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” kata MoF dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu berkata, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga diesel bagi Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada harga RM2.15 seliter.

Manakala harg runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.47 seliter manakala RON95 pula kekal pada paras RM2.05 seliter.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan