26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Pena sokong saranan PM martabat bahasa kebangsaan

Mesti Baca

PERSATUAN Penulis Nasional Malaysia (Pena) menyokong penuh saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya jabatan kerajaan, kementerian dan universiti tidak melayan, sebaliknya memulangkan semua surat yang tidak ditulis dalam bahasa kebangsaan.

Presidennya, Dr Mohamad Saleeh Rahamad berkata, arahan itu bukanlah sesuatu yang baharu tetapi apabila Perdana Menteri sendiri menunjukkan iltizamnya untuk menguatkuasakan arahan, ia memperlihatkan kesungguhan kerajaan dalam memartabatkan bahasa Melayu.

Katanya, selama ini, banyak surat terutama dalam e-mel yang menggunakan bahasa Inggeris walaupun penerimanya bukan orang luar.

“Kecuaian pihak berkenaan memperlihatkan sikap tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152.

“Pena berharap arahan dan penegasan ini diberi perhatian serius oleh semua pihak bagi memastikan penguatkuasaannya tidak dipandang remeh,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisements

Beliau berkata, apabila Perdana Menteri sendiri menunjukkan keprihatinannya, Pena yakin bahawa kerajaan kini serius dalam memastikan pembentukan negara bangsa berjalan menurut jalur yang sepatutnya.

“Kedegilan pihak swasta mahupun syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) untuk menggunakan bahasa Inggeris perlu dikenakan tindakan supaya mereka sedar pentingnya penggunaan bahasa Melayu,” katanya.

Terdahulu, Anwar sebelum ini mengingatkan jabatan kerajaan untuk tidak melayan atau memulangkan sahaja mana-mana surat yang menggunakan selain bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu.

Beliau menyedari terdapat sikap yang dirasakan ‘terlajak’ atau ‘terpesong’ oleh beberapa pihak yang sering kali cuba meninggalkan asas Perlembagaan Persekutuan untuk berhubung dengan jabatan kerajaan dalam bahasa kebangsaan.

Katanya, arahan terpakai membabitkan kalangan syarikat dan universiti tempatan termasuk swasta dengan arahan siapa sahaja menulis dalam bahasa lain selain bahasa kebangsaan, surat itu akan dipulangkan. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan