30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Kongsi wajah tanpa purdah versi AI, ramai warganet teruja

Mesti Baca

PERKONGSIAN wajah Neelofa dalam foto versi kepintaran buatan atau AI (Artificial Intelegence) menarik perhatian ramai.

Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd Noor memuat naik foto berkenaan tanpa mengenakan purdah di Instagram miliknya.

Meskipun ia sekadar foto versi AI, namun perkongsian itu cukup membuatkan peminatnya teruja sekali gus melepaskan kerinduan untuk menatap senyuman bekas juara Dewi Remaja itu.

“Saya dalam versi AI,” tulisnya pada keterangan foto berkenaan.

Advertisements

Difahamkan, foto tersebut dimuat naik dan dikongsikan kepada umum sebagai bentuk promosi bagi koleksi jenama tudung miliknya iaitu Naelofar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet melahirkan rasa rindu untuk menatap wajah ibu kepada dua cahaya mata itu.

Dalam pada itu, adik kepada Neelofa yang juga pempengaruh media sosial, Ameera Khan turut meninggalkan komen dengan megatakan wajah asli kakaknya itu jauh lebih cantik berbanding versi AI.

Pelbagai reaksi daripada warganet dapat dilihat ada yang suka ada juga yang meluahkan rasa kurang selesa berikutan Neelofa masih mengenakan purdah. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan