Tuesday, July 21, 2026

EC-Council perkenal pensijilan AI, perkukuh keselamatan

EC-Council turut memperkenalkan beberapa pensijilan baharu merangkumi literasi asas AI, pengurusan program AI, LLM serta tadbir urus dan etika AI di peringkat perusahaan.

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

EC-COUNCIL memperkenalkan portfolio pensijilan kecerdasan buatan (AI) yang komprehensif bagi membantu organisasi mengurus risiko dan memanfaatkan teknologi tersebut secara bertanggungjawab sepanjang kitaran hayatnya.

Presiden Kumpulan EC-Council, Jay Bavisi berkata, landskap keselamatan siber kini berubah secara drastik apabila sistem pintar semakin menjadi teras operasi organisasi.

Menurut beliau, pemimpin keselamatan tidak lagi sekadar melindungi rangkaian dan data, sebaliknya perlu memahami sistem yang mampu belajar, menyesuaikan diri serta membuat keputusan secara autonomi.

“Pemimpin keselamatan kini bertanggungjawab terhadap sistem yang mampu belajar, menyesuaikan diri dan mempengaruhi hasil dengan pantas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, penambahbaikan program Certified CISO versi terbaharu dilaksanakan bagi memastikan ketua pegawai keselamatan maklumat (CISO) lebih bersedia mengurus risiko yang dipacu AI.

“Certified CISO v4 membantu mereka mengurus risiko dipacu AI dengan jelas, memperkukuh tadbir urus dan membuat keputusan yang tepat apabila akauntabiliti menjadi keutamaan,” ujarnya.

Selain itu, EC-Council turut memperkenalkan beberapa pensijilan baharu merangkumi literasi asas AI, pengurusan program AI, keselamatan ofensif model bahasa besar (LLM) serta tadbir urus dan etika AI di peringkat perusahaan.

Menurut Bavisi, pendekatan menyeluruh itu penting bagi memastikan organisasi bukan sahaja mampu melaksanakan strategi AI dengan berkesan, malah dapat mengukuhkan pertahanan terhadap ancaman baharu yang semakin canggih.

Beliau berkata, portfolio berkenaan juga menyokong kerjasama berterusan dengan agensi kerajaan dan pertahanan, ketika keselamatan AI dan kesiapsiagaan tenaga kerja semakin menjadi agenda utama di peringkat nasional dan global.

“Inilah masanya organisasi melabur dalam pembangunan kemahiran dan tadbir urus yang kukuh agar inovasi AI dapat dimanfaatkan tanpa mengorbankan keselamatan dan integriti,” katanya. — Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan