28.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 13, 2024

Lima individu ditahan, pecah masuk rumah kedai di Ampang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan seramai lima individu warga tempatan selepas dipercayai memecah masuk dan menyamun sebuah rumah kedai di Jalan Mewah 3, Taman Ampang Mewah, Ampang, pada 15 November lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pengadu lelaki berusia 26 tahun tampil membuat laporan pada hari sama selepas teman wanitanya memaklumkan bahawa rumah sewanya dipecah masuk lima lelaki tidak dikenali.

Katanya, dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang, pengadu pulang ke rumah dan mendapati pintu rumah rosak dan terbuka.

“Kemudian pengadu menyaksikan lima individu yang tidak dikenali terbabit sedang memukul dua lelaki Myanmar di ruang tamu.

“Salah seorang suspek telah masuk ke dalam bilik dan mengambil beg dompet yang berisi wang bernilai RM400 bersama topi keledar yang berada dalam rumah.

“Kesemua suspek beredar meninggalkan rumah dengan membawa dua lelaki Myanmar tersebut. Pengadu mengalami kerugian keseluruhan bernilai RM650,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Azam, kesemua suspek berusia 24 hingga 26 tahun yang disyaki terlibat dalam kes berkenaan berjaya ditahan polis di pekarangan Ibu Pejabat Daerah Ampang Jaya.

Advertisements

“Polis juga merampas sebuah kereta, dua buah topi keledar, satu kunci kereta dan sabatang paip PVC.

“Semakan mendapati suspek pertama mempunyai satu rekod jenayah dan satu rekod narkotik, suspek kedua, satu rekod jenayah manakala suspek ketiga, mempunyai tiga rekod jenayah dan dua rekod narkotik.

“Bagi suspek keempat pula, tiada sebarang rekod jenayah sementara suspek kelima mempunyai satu rekod jenayah dan satu rekod narkotik. Kesemua suspek negatif dadah,” ujarnya.

Jelas Azam, hasil siasatan mendapati suspek dalam keadaan mabuk telah memukul dua lelaki Myanmar yang juga dalam keadaan mabuk ketika di bawah rumah kedai berkenaan.

“Suspek telah membawa naik dua lelaki terbabit ke tingkat atas dan memecah masuk rumah pengadu dengan alasan rumah tersebut telah mencampakkan pasir dari tingkat atas rumah.

“Kelima-lima suspek telah dibawa ke Mahkamah Ampang untuk tujuan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan dibenarkan selama tujuh hari bermula Khamis lalu hingga Rabu ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana perbuatan rompakan berkumpulan,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelan tindakan industri penjagaan dijangka siap Julai – KPWKM

PELAN Industri Penjagaan di Malaysia yang dirangka sebagai pemacu perubahan untuk merancakkan ekonomi melalui industri penjagaan dijangka siap Julai...

Lagi Artikel Berkaitan