30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Penduduk kawasan risiko banjir digesa ambil langkah pencegahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEMUA penduduk terutama yang berada di kawasan berisiko banjir digesa mengambil langkah pencegahan sewajarnya susulan amaran hujan lebat tahap buruk dijangka melanda Terengganu dan Kelantan hingga esok.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata penduduk dinasihati sentiasa mematuhi arahan dikeluarkan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

“Semalam pihak Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan tahap bahaya yang boleh mengakibatkan kejadian banjir di beberapa lokasi berisiko melibatkan Negeri Kelantan dan Terengganu.

“Oleh itu, saya ingin menggesa semua penduduk terutama yang berada di kawasan berisiko banjir, agar mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya.

Advertisements

“Dalam masa sama, sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ahmad Zahid turut berdoa agar keadaan banjir dapat dielakkan dan penduduk terhindar dari musibah kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca itu yang melibatkan seluruh Terengganu, manakala beberapa kawasan di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai bermula 18 November.

Selain itu, MetMalaysia memaklumkan hujan berterusan tahap waspada turut dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kelantan, Kedah, Perak, Pahang dan Sabah dalam tempoh sama. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kasino di Forest City: Chegu Bard ditahan reman dua hari

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman susulan membuat hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan...

Lagi Artikel Berkaitan