Tuesday, July 21, 2026

PH, Amanah akan dapat kembali sokongan orang Melayu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PAKATAN Harapan (PH) dan Amanah akan dapat kembali menarik sokongan orang Melayu.

Keyakinan itu dinyatakan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Mohamad Sabu melihat kepada hampir 80 peratus penjawat awam kembali menyatakan sokongan.

“Alhamdulillah kini hampir 80 peratus penjawat awam kembali menyokong kita.

“Saya yakin dalam tempoh empat tahun ke hadapan ini PH dan Amanah akan kembali dapat menarik sokongan orang Melayu seterusnya memberikan kemenangan yang besar kepada kita,”katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu beliau hadir merasmikan Mesyuarat Tahunan Parti Amanah Negara Kawasan Tampin, Negeri Sembilan.

Katanya, tahniah kepada Amanah Tampin dan Negeri Sembilan kerana telah bekerja keras pada pilihan raya dahulu sehingga Pakatan Harapan dan Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan negeri.

“Tugas dan tanggungjawab kita semua cukup besar dalam mengekalkan kemenangan ini.

“Kita perlu kembali menarik sokongan orang Melayu kepada PH. Rakyat juga telah melihat komitmen yang cukup tinggi dari kita untuk membaik pulih negara,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan